Acara Bertema Festival Musim Bunga Bakal Dilancar Seluruh Dunia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 28 Disember 2022
Acara Bertema Festival Musim Bunga Bakal Dilancar Seluruh Dunia
Jurukhat China dan para peserta lain bergambar dengan kaligrafi karakter cina “Fu” yang bermaksud kekayaan dan tuah, pada suatu acara sambutan Tahun Baharu Cina di Times Square, New York pada 5 Februari 2019. (FOTO/XINHUA)

Pelbagai acara bertema bagi meraikan Festival Musim Bunga 2023 yang akan menjelang tiba bakal dilancarkan di seluruh dunia, demikian menurut satu taklimat media, Isnin.

Anjuran bersama Kementerian Budaya dan Pelancongan (MCT) China serta Persatuan Budaya Antarabangsa China, acara-acara yang dijadualkan termasuklah majlis sambutan, pesta ria dan pameran, berserta aktiviti-aktiviti lain secara dalam dan luar talian. Pemain piano tersohor China, Lang Lang telah dipilih sebagai duta budaya.

Di Amerika Syarikat, konsert bertema akan diadakan di Philadelphia dan New York pada 6 hingga 7 Januari, sementara tayangan khas bagi sebuah konsert besar-besaran akan dihidangkan buat penonton di serata dunia pada 14 Januari, maklum Gao Zheng selaku pegawai MCT.

Taklimat media berkenaan turut memperkenalkan maskot-maskot untuk acara terbabit, yang direka oleh Akademi Seni Halus China, memaparkan elemen-elemen seperti imej karung kekayaan dan arnab dari zodiak tradisional cina.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan