RCEP Berkuatkuasa di Indonesia

(CRI)Rabu 04 Januari 2023
RCEP Berkuatkuasa di Indonesia

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah berkuatkuasa secara rasmi di Indonesia pada Selasa.

Ia sekali gus menyaksikan China telah melaksanakan perjanjian terbabit dengan 13 daripada kesemua 14 negara anggota RCEP.

Penguatkuasaan RCEP di Indonesia adalah langkah penting bagi mendorong pelaksanaan perkongsian terbabit secara menyeluruh.

Difahamkan, dengan penguatkuasaan RCEP itu juga, kedinamikan baharu kepada integrasi serantau serta pertumbuhan ekonomi setempat dan global akan dapat disuntik, sambil menggalakkan perkembangan kerjasama rantai industri dan pembekalan serantau.

Untuk rekod, pelaksanaan RCEP dan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN memperlihatkan Indonesia membatalkan tarif terhadap lebih 700 produk buatan China yang merangkumi alat ganti automobil, motosikal, televisyen, pakaian, kasut dan but, produk plastik, beg dan kopor serta produk kimia.

Daripada kesemua produk tersebut, alat ganti automobil, motosikal dan sebahagian pakaian telah dibatalkan tarif pada Isnin, sementara produk lain pula akan menikmati manfaat tersebut usai jangka masa peralihan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan