Anak Panda Temu Pelawat menjelang Tahun Baharu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 30 Disember 2022
Anak Panda Temu Pelawat menjelang Tahun Baharu
Foto pada 29 Dec 2022 menunjukkan anak panda di Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu, provinsi Sichuan.

Khamis lalu, 13 ekor anak panda yang lahir pada 2022 tampil di hadapan orang ramai di Chengdu, ibu provinsi Sichuan di barat daya China, untuk bertemu dengan para peminat menjelang ketibaan Tahun Baharu.

Para pelawat bersorak-sorai apabila anak-anak panda dibawa oleh penjaga ke kawasan yang siap dihias dengan meriah di Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu sekitar pukul 10 pagi.

Anak-anak panda baru lahir itu antara 15 ekor yang dibiakkan di pangkalan tersebut tahun ini. Kesemuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik, dengan yang paling berat sudah melebihi 12kg dan paling ringan pula hampir 6kg.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan