Fasiliti Media Olimpik Musim Sejuk Beijing Diiktiraf Terbaik

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 05 Januari 2023

Foto yang diambil pada 10 Januari 2022 ini menunjukkan bahagian dalam pusat media utama Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing. (foto: He Changshan/Xinhua)

Persatuan Akhbar Sukan Antarabangsa (AIPS) telah menamakan kemudahan media Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing sebagai yang terbaik antara pelbagai acara sukan sepanjang tahun 2022.

AIPS memberitahu bahawa walaupun Beijing 2022 terkesan oleh wabak COVID-19, namun pusat media utamanya yang merupakan yang terbesar bagi sesebuah fasiliti seumpama untuk sukan musim sejuk, memperlihatkan tahap kecekapan yang cukup tinggi.

Foto yang diambil pada 10 Januari 2022 ini menunjukkan dewan makan di pusat media utama Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing. (foto: He Changshan/Xinhua)

AIPS dalam kenyataannya memuji kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan semasa penganjuran temasya tersebut. “Kemudian berlangsung pula bermacam-macam acara lain selepas Beijing 2022 ditutup dengan jaya, dan kesemuanya telah menjamin perkhidmatan media yang berkualiti tinggi.”

Atlet luncur ais Jepun, Yuzuru Hanyu menghadiri sidang akhbar di pusat media utama Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada 14 Februari 2022. (foto: He Changshan/Xinhua)

Dalam tinjauan pendapat tahunannya, AIPS membahagikan acara-acara yang dianjurkan kepada temasya pelbagai jenis sukan dan satu jenis sukan. Bagi kategori pelbagai jenis sukan, tiga temasya yang menerima bilangan undi tertinggi ialah Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Kejuaraan Eropah Munich dan Sukan Komanwel Birmingham.

Di tiga anak tangga teratas bagi kategori temasya satu jenis sukan pula ialah Piala Dunia Qatar, Kejuaraan Akuatik Dunia FINA 2022 di Budapest dan Kejuaraan Wanita UEFA 2022 di England.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan