China Bina Pusat Penyeliaan dan Pemeriksaan Kualiti Tenaga Hidrogen

(CRI)Selasa 10 Januari 2023
China Bina Pusat Penyeliaan dan Pemeriksaan Kualiti Tenaga Hidrogen

Pusat Penyeliaan dan Pemeriksaan Kualiti Tenaga Hidrogen pertama di China siap dibina dan beroperasi secara rasmi di Chongqing pada Isnin.

Difahamkan, pusat itu berkebolehan untuk melakukan ujian terhadap seluruh rantai industri kenderaan menggunakan bahan api hidrogen, termasuk sel bateri, komponen kenderaan utama, kualiti gas hidrongen, enjin, dan bateri.

Ia juga mampu membuat ujian sel tenaga hidrogen dalam persekitaran suhu antara -40 Celsius hingga 80 Celsius, selain boleh menguji kemampuan enjin kenderaan penumpang dan komersial dengan kapasiti maksimum 600 kilowatt.

Pengarah Institut Penyelidikan Kejuruteraan Automotif China (CAERI), Chao Peipei menyatakan, setakat ini pusat itu telah memperoleh lebih 200 projek pemeriksaan.

"Pusat ini telah membina platform data raya mengenai pembuatan, penyimpanan, pengangkutan dan pengisian tenaga hidrogen, serta pengendalian kenderaan tenaga hidrogen.

"Semua ini adalah sokongan teguh kepada perkembangan industri tenaga hidrogen." kata Chao.

Untuk rekod, penjualan kenderaan menggunakan sel bahan api menyaksikan peningkatan secara pesat di China.

Menurut statistik, jumlah jualan kenderaan tersebut masing-masing merekodkan 1,177, 1,596 dan 3,000 pada tahun 2020, 2021 dan 2022.

China telah melaksanakan pelbagai dasar insentif untuk menyokong perkembangan industri tenaga hidrogen.

Walau bagaimanapun, menurut pakar industri tersebut, kerajaan perlu meningkatkan pemeriksaan pihak ketiga dan piawaian berkenaan bagi menjamin industri sel bahan api hidrogen berkembang sihat dan mampan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan