Presiden Benin Ditemui Menteri Luar China

(CRI)Isnin 16 Januari 2023

Presiden Benin, Patrice Guillaume Athanase Talon telah ditemui Menteri Luar China, Qin Gang yang sedang melawat Cotonou pada Jumaat lalu waktu tempatan.

Talon meminta Qin Gang menyampaikan salam ikhlas dan harapan baik kepada Presiden China, Xi Jinping. Beliau berkata, China telah menemui jalan pembangunan yang tepat dan turut melakar pencapaian yang mengagumkan dunia. Benin berharap membelajari pengalaman China, memperkasakan dan meneroka kerjasama substantif untuk mempercepat pembangunan negaranya.

Dalam pertemuan itu, Qin Gang pula menyampaikan salam Presiden Xi kepada Talon dan mengucapkan terima kasih kepada Benin atas pemahaman dan sokongan kepada China dalam isu yang melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama. China menanti-nantikan kedua-dua pihak bersama-sama melaksanakan konsensus penting pemimpin kedua-dua negara dan hasil yang tercapai dalam Sidang Peringkat Menteri ke-8 Forum Kerjasama China-Afrika, dan mendorong hubungan China-Benin berkembang ke tahap baharu. Serentak itu, China sudi menggalakkan lebih banyak syarikat domestiknya yang ternama dan berspesifikasi tinggi menanam pelaburan di Benin.

Qin menambah bahawa China bersedia meningkatkan pertukaran pengalaman dengan Benin mengenai tadbir urus negara, menyokong Benin dalam mencari dan meneliti jalan pembangunan yang selaras dengan tata hukum negara sendiri, dan bersatu-padu dengan negara Afrika termasuk Benin untuk merapatkan kerjasama demi pembangunan bersama.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan