China Bantu Pembangunan Damai ‘Horn of Africa’

(CRI)Khamis 12 Januari 2023

Menteri Luar China, Qin Gang menyatakan negara Tembok Besar akan memberikan sumbangan positif kepada pembangunan damai di Semenanjung Afrika Timur atau ‘Horn of Africa’.

Beliau berkata, Semenanjung Afrika Timur itu mempunyai kedudukan strategik yang penting, selain berperanan besar kepada benua Afrika serta kedamaian dan kestabilan Timur Tengah.

Qin berkata demikian dalam rangka lawatannya ke Ethiopia, Gabon, Angola, Benin, Mesir, ibu pejabat Kesatuan Afrika (UA) dan Liga Arab mulai 9 hingga 16 Januari.

Untuk rekod, lawatan Menteri Luar China ke Afrika pada awal tahun telah menjadi satu tradisi selama 33 tahun.

Dalam lawatan Qin ke Ethiopia, kedua-dua pihak memeterai dokumen kerjasama termasuk memorandum persefahaman (MoU) mengenai rundingan politik.

Pada awal tahun lalu, China mengemukakan Gagasan Pembangunan Damai Semenanjung Afrika Timur yang bertujuan untuk membantu negara-negara di rantau itu untuk mengelakkan daripada perebutan geopolitik dari kuasa besar, menangani cabaran keselamatan, pembangunan dan tadbir urus secara bebas.

Gagasan itu kemudiannya mendapat sambutan baik dalam kalangan negara-negara terlibat.

Difahamkan, wakil khas China pernah banyak kali melawat ke rantau tersebut dan China turut menyokong pihak-pihak terlibat mengadakan Sidang Damai Semenanjung Afrika Timur pertama.

Dalam pada itu, China turut menghulurkan bantuan kemanusiaan termasuk bahan makanan dan vaksin, sambil membantu rakyat yang terlibat dalam konflik mengatasi kesukaran hidup.

China akan terus menghulurkan bantuan sedemikian serta giat menyertai pembinaan semula di kawasan konflik, kata Qin.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan