C919 Jalankan Penerbangan Baharu

(CRI)Isnin 16 Januari 2023
C919 Jalankan Penerbangan Baharu

Pesawat besar buatan China C919 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarbangsa Jiaodong Qingdao pada pukul 11.14 pagi Ahad.

Pesawat China Eastern Airlines itu bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao Shanghai untuk menjalankan penerbangan pengesahan bagi laluan baharu.

Sebagai pelanggan pertama pesawat C919, China Eastern Airlines telah menerima pesawat C919 bernombor B-919A pada 9 Disember lalu. Ini melambangkan industri pengeluaran pesawat besar China beralih daripada fasa penyelidikan dan pembuatan kepada pengendalian komersial.

C919 perlu menjalankan penerbangan pengesahan selama 100 jam sebelum digunakan secara rasmi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan