Industri Perhutanan China 2022 Berprestasi Cemerlang

(CRI)Isnin 16 Januari 2023

Menurut data terkini diumumkan Jabatan Pentadbiran Hutan dan Padang Rumput Negara China, nilai industri perhutanan negara ini pada 2022 mencapai RMB8.04 trilion (RM5.2 trilion), disokong oleh tiga industri tunjang, iaitu hutan ekonomi, pemprosesan kayu dan buluh serta eko-pelancongan yang masing-masing bernilai RMB1 trilion (RM650 bilion) lebih. Selain itu, nilai perdagangan import dan eksport produk perhutanan pula mencatat USD188.3 bilion (RM816 bilion).

Didedahkan oleh seorang pegawai jabatan tersebut bahawa seiring dengan penguatkuasaan “Skim Penggarisan Landskap Taman Negara” bermula 2022, taman negara akan dijadikan tumpuan utama dalam pembinaan yang berkualiti tinggi bagi tempoh 2023.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan