Guangxi, Singapura Membina Bersama Laluan Perdagangan Darat-Laut Baharu

(CRI)Isnin 16 Januari 2023

Delegasi Perdagangan Wilayah Guangxi dari China mengadakan satu sesi pertemuan dan interaksi berhubung “pembinaan bersama laluan perdagangan darat-laut antarabangsa yang baharu” di Singapura semalam.

Pada sesi tersebut, seramai lebih 100 tokoh kalangan perniagaan dari Guangxi dan Singapura membincangkan peluang perkembangan baharu dihadapi kedua-dua pihak di sebalik pembinaan bersama laluan perdagangan darat-laut antarabangsa yang baharu serta penguatkuasaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Pihak Singapura menzahirkan keyakinan penuh terhadap pelaburan di China dan kerjasama perdagangan dan perniagaan dengan China.

Bekas Pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) yang juga Presiden Kehormat Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI), Teo Siong Seng berpendapat, perusahaan kedua-dua negara selama ini memperkasa kerjasama dengan menggunakan peluang yang tersedia dalam penguatkuasaan RCEP. Beliau merasa gembira terhadap usaha terbabit diteruskan oleh banyak syarikat pada tahun 2022.

Singapura merupakan sumber modal asing terbesar bagi Guangxi dalam lingkungan ASEAN. Syarikat berkaitan modal Singapura yang baru beroperasi di Guangxi mencatat 12 buah dalam tempoh 11 bulan pertama tahun 2022 dengan jumlah pelaburannya menokok USD148 juta (RM641.72 juta ) menurut butiran yang terkandung dalam kontrak.

Pada masa yang sama, jumlah perdagangan antara Guangxi dengan Singapura mencatat RMB6.2 bilion (RM4.01 bilion) yang meningkat 92 peratus berbanding dengan tempoh sama tahun 2021.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan