Vaksin COVID-19 Buatan China Selamat dan Berkesan

(CRI)Isnin 16 Januari 2023

Keselamatan dan keberkesanan vaksin COVID-19 buatan China adalah terbutki dalam praktik. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media semalam.

Wang menyatakan bahawa China adalah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai tali pengeluaran produk vaksin COVID-19 yang jenis teknologinya pelbagai, dan mampu menyediakan perkhidmatan imunisasi asas dan booster yang pilihannya pelbagai kepada rakyat. Setakat ini, terdapat 13 jenis vaksin COVID-19 yang dihasilkan melalui empat jenis tali pengeluaran yang mendapat permit penggunaan di China, dan bekalan vaksin dan barangan perubatannya adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan vaksinasi rakyat.

Menurut Wang, penyelidikan berkenaan menunjukkan bahawa keberkesanan perlindungan dengan suntikan tiga dos vaksin secara menyahaktifkan virus bagi golongan penduduk berusia 60 tahun ke atas hampir sama dengan yang dibawa tiga dos mRNA hasilan Pfizer-BioNTech.

Wang menambah, kadar vaksinasi yang sepanjang proses di China mencatat 92.9%, dan mencecah 90% lebih di golongan penduduk berusia 60 tahun ke atas. Selain itu, China sudah menghulurkan lebih 2.2 bilion dos vaksin kepada lebih 120 buah negara dan pertubuhan antarabangsa. Pendirian negara ini untuk merapatkan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam menangkis wabak demi kesihatan dan keselamatan rakyat adalah konsisten.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan