Antonio Guterres Rakamkan Ucapan Selamat TBC

(CRI)Khamis 19 Januari 2023

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres merakamkan ucapan selamat Tahun Baharu China (TBC) kepada rakyat China, pada Rabu.

“Saya amat gembira untuk menyampaikan mogaan baik menjelang ketibaan Tahun Arnab.

“Arnab ialah simbol kedinamikan dan kecergasan, dan kedua-dua kualiti ini adalah yang paling diperlukan ketika umat manusia menghadapi kekukaran dan cabaran.” Kata Guterres.

Beliau juga menzahirka penghargaan dan terima kasih kepada China yang mengekalkan hubungan perkongsian yang kukuh dengan PBB dan sentiasa menyokong kerjasama antarabangsa.

Katanya, kerjasama dan sinergi komuniti global dapat menggalakkan kedamaian dan pembangunan mampan, sekali gus membina dunia yang lebih indah untuk seluruh insan. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan