Lampu Deret Huangyuan Menyuluh Haluan Budaya

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 17 Januari 2023

Di kaunti Huangyuan, provinsi Qinghai China, lampu deret merupakan budaya istimewa yang menarik kedatangan ramai pelancong. Sejarah lampu deret Huangyuan boleh dikesan sejak 200 tahun lalu.

Lampu deret Huangyuan di bandar kuno Dange'er di provinsi Qinghai, China. (foto: Li Bingting/People.cn)

Seni budaya lampu deret Huangyuan bermula dari era maharaja Jiaqing dan maharaja Daoguang, Dinasti Qing. Pada masa itu, perdagangan antara etnik berbeza sangat makmur, pedagang datang dan berkumpul di kawasan Huangyuan. Mereka menggantung papan iklan diterangi lampu lilin di dalamnya untuk menarik pelanggan pada waktu malam. Lama-kelamaan, dengan perkembangan perdagangan, bilangan peniaga yang berkumpul di situ semakin meningkat, dan mereka bersaing antara satu sama lain. Hasilnya, semakin banyak papan iklan seperti itu digantungkan sehingga mengambil rupa lampu deret, dan akhirnya menjadi satu seni budaya yang khas. Pada Mei 2006, lampu deret Huangyuan secara rasminya diiktiraf sebagai warisan budaya tidak ketara kebangsaan China.

Lampu deret Huangyuan di bandar kuno Dange'er di provinsi Qinghai, China. (foto: Li Bingting/People.cn)

Kini, lampu deret Huangyuan sangat bervariasi, yang boleh dibahagikan kepada 3 katogori iaitu lampu gantung, lampu lantai dan lampu ruang tamu. Reka bentuknya juga berbagai-bagai daripada segi empat, bujur, hingga bentuk siku keluang (quincunx), bentuk kipas dan sebagainya. Apa jua jenis dan bentuk, setiap lampu tetap dihasilkan mengikut proses buatan tangan tradisional.

Lampu deret Huangyuan di bandar kuno Dange'er di provinsi Qinghai, China. (foto: Li Bingting/People.cn)

Pembuatan lampu deret bermula dengan kerangkanya terlebih dahulu, yang kemudiannya diukir dengan gambar bunga, tumbuhan atau watak, lalu ditutup dengan kain kasa yang dihias dengan lukisan berdasarkan bentuk kerangka. Motif biasanya dipilih daripada catatan sejarah, cerita rakyat, mitos tempatan dan budaya Hehuang. Setelah itu, lampu lilin diletakkan di dalamnya. Langkah terakhir ialah mengatur setiap lampu menjadi deretan bagi menyerlahkan kesan kesenian dan idea utamanya.

Lampu deret Huangyuan di bandar kuno Dange'er di provinsi Qinghai, China. (foto: Li Bingting/People.cn)

Dengan perkembangan berterusan budaya lampu deret, pada tahun-tahun kebelakangan ini orang ramai telah menggunakan teknologi moden dan bahan baharu seperti tenaga elektrik serta kesan pencahayaan dan bunyi untuk menjadikan seni ini lebih kaya kandungannya dan digemari lebih ramai, justeru melahirkan satu landskap budaya yang unik.

Lampu deret Huangyuan di bandar kuno Dange'er di provinsi Qinghai, China. (foto: Li Bingting/People.cn)

Lampu deret Huangyuan di bandar kuno Dange'er di provinsi Qinghai, China. (foto: Li Bingting/People.cn)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan