Perancis, Jerman Intensifkan Kerjasama

(CRI)Selasa 24 Januari 2023

Menjelang sambutan ulang tahun ke-60 penandatanganan Perjanjian Elysee antara Perancis dengan Jerman, Presiden Emmanuel Macron dan Canselor Olaf Scholz mengadakan pertemuan di Paris dan menghadiri aktiviti peringatan berkaitan.

Pada hari yang sama, mesyuarat kabinet bersama kedua-dua negara juga diadakan di Paris.

Kedua-dua negara ingin mengintensifkan hubungan perkongsian, meningkatan kerjasama dalam pelbagai aspek agar bersama-sama membina Eropah yang lebih bertahan, berterusan dan merdeka tatkala menghadapi pelbagai krisis dan perselisihan pada masa ini.

Pada majlis peringatan yang diadakan di Universiti Sorbonne Paris, Macron menyatakan bahawa Perancis dan Jerman yang pernah menerokai jalan kompromi kini harus menjadi pelopor dalam penjanaan semula Eropah.

Dalam menghadapi pergolakan sejagat, menurut Macron, Perancis dan Jerman perlu mengekalkan cita-cita iaitu Eropah perlu lebih bersatu padu dan menguasai nasib diri dengan sepenuhnya.

Scholz pula menyatakan bahawa masa depan bergantung pada kerjasama kedua-dua negara. Perancis dan Jerman sebagai “enjin integrasi Eropah” mampu melampaui perselisihan kedua-dua pihak.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut kenyataan bersama kabinet bersama kedua-dua negara yang diumumkan Jabatan Presiden Perancis, Perancis dan Jerman akan mengintensifkan kerjasama dalam dasar luar, pertahanan, sains dan teknologi perindustrian, keselamatan tenaga dan ekonomi hijau.

Selain itu, Perancis dan Jerman akan terus menyokong Ukraine, memberikan bantuan kemanusiaan di samping menyokong pembinaan semula di negara itu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan