Tinggi, Tergantung, Kagum: Seni Budaya Qianhuying Gaotai

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 19 Januari 2023

Pertunjukkan seni Qianhuying Gaotai dalam persiapan. (foto: Gan Haiqiong/People.cn)

Dengan tibanya Januari, banyak kampung di kawasan Hehuang, provinsi Qinghai China sibuk melatih pertunjukan seni Shehuo untuk sambutan Tahun Baharu Cina dan Pesta Tanglung. Pada 16 Januari 2023 iaitu hari ke-25 bulan kedua belas kalendar lunar, tahun Harimau, seni budaya Qianhuying Gaotai dipertunjukkan di pekan Lanlongkou, daerah Huangzhong, bandar Xining, provinsi Qinghai.

Pertunjukan seni Qianhuying Gaotai diadakan. (foto: Gan Haiqiong/People.cn)

Seni budaya Qianhuying Gaotai diiktiraf sebagai warisan budaya tidak ketara kebangsaan China. Seni ini tergolong dalam seni Shehuo, sejarahnya boleh dikesan sejak 600 tahun lalu.

Pelakon kanak-kanak dalam persiapan. (foto: Gan Haiqiong/People.cn)

Pelakon kanak-kanak dalam persiapan. (foto: Gan Haiqiong/People.cn)

Seni budaya Qianhuying Gaotai mempertunjukkan banyak seni rakyat di atas satu platform tinggi, termasuk lukisan, sulaman, ukiran dan sebagainya. Biasanya kanak-kanak ialah pelakon utama. Kebanyakan kandungan pertunjukan diambil daripada mitos opera tradisional. Solekan dan pakaian seni Qianhuying Gaotai juga dipelajari daripada seni opera. Lama-kelamaan, seni ini dibentuk dengan ciri adat resam tempatan.

Pertunjukan seni Qianhuying Gaotai diadakan. (foto: Gan Haiqiong/People.cn)

Pertunjukan seni Qianhuying Gaotai diadakan. (foto: Gan Haiqiong/People.cn)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan