China, Rakan Dagang Penting bagi Argentina

(CRI)Sabtu 28 Januari 2023
China, Rakan Dagang Penting bagi Argentina

China merupakan rakan dagang penting bagi Argentina dan kedua-dua negara diharap melonjakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan ke tahap baharu.

Demikian dikatakan Menteri Luar Argentina, Santiago Cafiero sempena Sidang Kemuncak Komuniti Negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) ketujuh yang diadakan di Buenos Aires, pada Selasa.

Beliau menyifatkan penglibatan China dalam perbincangan dan pertukaran mengenai pembangunan sub-kawasan itu sebagai amat signifikan untuk mendorong kerjasama dalam topik berkenaan, dan menyelaraskan agenda pelbagai pihak. Pada masa sama, konotasi multilateralisme diperluas melalui luahan pendapat pelbagai negara.

“Penglibatan China dalam perbincangan rantau ini amat signifikan kerana China ialah rakan dagang penting bagi kebanyakan negara Amerika Latin dan Caribbean. Oleh itu kami berharap dapat meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan, di samping merapatkan persefahaman antara kedua-dua pihak.” kata Cafiero.

Beliau menyatakan, Argentina bukan sahaja mengambil bahagian dalam pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), malah juga sudah menyerahkan permohonan untuk menganggotai mekanisme kerjasama BRICS.

Beliau menganggap kerjasama Argentina dan China berpotensi besar, dan menzahirkan harapan agar pertukaran lawatan rakyat kedua-dua negara menjadi lebih erat.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan