Kapal Pemecah Ais Universiti Sun Yat-Sen Jalan Ujian di Perairan Berais

(CRI)Sabtu 28 Januari 2023

Kapal pemecah ais "Kutub" milik Universiti Sun Yat-Sen China berjaya menjalankan ujian pelayaran di perairan berais di Teluk Liaodong, Laut Bohai mutakhir ini.

Kapal “Kutub” ialah kapal pemecah ais pertama yang dimiliki institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Dalam pelayaran itu, kemampuan komprehensif kapal tersebut telah diuji, antaranya belayar dalam suhu rendah, memecah ais, peralatan penyelidikan saintifik yang dilengkapi, dan sokongan penyelidikan saintifik di kawasan ais.

Kapal “Kutub” menjadi kapal pemecah ais ketiga di China yang mampu melakukan penyelidikan saintifik kutub. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan