Guizhou Sambut TBC dengan Persembahan Warisan Budaya Tidak Ketara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 20 Januari 2023
Guizhou Sambut TBC dengan Persembahan Warisan Budaya Tidak Ketara
Datiehua disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara China. (Gambar oleh Su Yang)

Menjelang TBC, persembahan Datiehua, satu persembahan warisan budaya tidak ketara, berlangsung meriah di Guiyang, ibu provinsi Guizhou. Percikan api dihasilkan oleh besi lebur bersuhu 1,600 darjah Celsius yang dipercikkan tinggi dalam persembahan tersebut. Persembahan yang mengagumkan menarik ramai penduduk dan pelawat datang menonton.

Datiehua merupakan persembahan budaya rakyat yang dicipta tukang besi China ketika proses menempa besi pada zaman purba. Ia wujud sejak Dinasti Song Utara, lalu berkembang pesat pada Dinasti Ming dan Qing, mempunyai sejarah lebih seribu tahun. Pada tahun 2008, Datiehua telah disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan