Kebanyakan Rakyat AS Tidak Puas Hati dengan Dasar Kerajaan

(CRI)Jumaat 03 Februari 2023

Hasil tinjauan dijalankan firma Gallup mendapati kebanyakan rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak puas hati terhadap keadaan semasa negara itu serta dasar-dasar yang diamalkan kerajaan.

Menurut dapatan tinjauan, hanya kira-kira 36 peratus responden berpuas hati terhadap pelbagai dasar yang dilaksanakan kerajaan AS dari 2020 hingga 2023, manakala hampir separuh responden berasa 'sangat tidak puas hati'.

Dalam pada itu, situasi ekonomi antara aspek yang merekodkan tahap kepuasan terendah dengan hanya kira-kira satu perempat responden berasa puas hati.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan