Pelancong Sertai Perarakan Tanglung di Anhui

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 01 Februari 2023
Pelancong Sertai Perarakan Tanglung di Anhui
Seorang budak perempuan belajar membuat tanglung berbentuk arnab di Kampung Hongcun, provinsi Anhui pada 30 Jan 2023. (Gambar oleh Du Yu dari Xinhua)

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2023 iaitu Tahun Arnab, pelancong-pelancong di Kampung Hongcun, provinsi Anhui diajak belajar membuat tanglung berbentuk arnab dan menyertai perarakan tanglung tempatan.

Kampung Hongcun yang terletak di Kaunti Yixian, bandar Huangshan merupakan sebuah kampung purba dengan bangunan peninggalan dinasti Ming dan Qing yang berbilangan besar. Pada tahun 2000, Kampung Hongcun disenaraikan dalam Senarai Warisan Dunia oleh UNESCO dan menarik kedatangan ramai pelancong sejak itu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan