Lagi Barang Bantuan China Dihantar ke Syria

(CRI)Isnin 13 Februari 2023

Kumpulan kedua barang bantuan kemanusiaan oleh Persatuan Palang Merah China untuk kawasan yang dilanda gempa bumi di Syria berlepas dari Beijing pada awal pagi tadi.

Barang bantuan tersebut merangkumi khemah tebal, kit barang keperluan, baju tebal, bahan keperluan harian, serta ubat-ubatan yang amat diperlukan di kawasan bencana.

Barangan tersebut dipercayai akan memberi bantuan kepada lebih 10,000 mangsa yang terjejas akibat bencana itu.

Sebelum ini, kumpulan pertama bahan perubatan yang disalurkan oleh Persatuan Palang Merah China ke Syria telah berjaya diberikan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Syria untuk digunakan di kawasan bencana.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan