Dairi Penyelamat di Turki: Menantikan Keajaiban

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 13 Februari 2023

Artikel ini disunting dan diterjemahkan daripada temu bual dengan Zhang Yunlu, ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Blue Sky China (BSR).

Sejak tiba di Malatya, Turki pada 9 Februari, saya bersama rakan sepasukan telah menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR) di 5 lokasi dalam 3 hari. Malatya antara bandar yang paling teruk dilanda gempa bumi, persekitarannya kompleks dan cepat berubah.

Pasukan Mencari dan Menyelamat Blue Sky China (BSR) menjalankan tugas menyelamat di Malatya, Turki. (foto diberikan oleh Zhang Yunlu)

Di kawasan ini, gegaran susulan sering berlaku. Walaupun kami kurang rasa gegaran apabila berdiri, tetapi rasa gegaran akan menjadi lebih kuat ketika kami menjalankan operasi perobohan. Apabila batu dan runtuhan tergelongsor, kami terpaksa menjauhkan diri dari tapak operasi. Ketika kami pulang selepas gegaran susulan tamat, tapak yang telah kami gali sebelumnya terisi semula oleh runtuhan.

Walau betapa sukar sekalipun, kami tidak akan berhenti mencari dan menyelamat.

Pasukan Mencari dan Menyelamat Blue Sky China (BSR) menjalankan tugas menyelamat di Malatya, Turki. (foto diberikan oleh Zhang Yunlu)

Setiap kali alat pengesan nyawa memaparkan titik merah menandakan adanya mangsa, kami akan bergerak ke lokasi yang ditunjukkan dengan segera. Apabila kami menerima permintaan pertolongan atau mendapat petunjuk daripada orang tempatan, kami juga akan menanganinya dengan secepat mungkin.

Semasa mengendalikan misi SAR, kami menerima banyak sokongan dan bantuan daripada orang tempatan. Penterjemah pasukan kami ialah seorang Cina yang berniaga di Turki dan seorang Turki yang pernah belajar di China. Sukarelawan tempatan seperti mereka memberi bantuan besar kepada kerja kami.

Penyelamat dari Pasukan Mencari dan Menyelamat Blue Sky China (BSR) kembali ke kem pada lewat malam untuk berehat. (foto diberikan oleh Zhang Yunlu)

Selepas gempa bumi, orang tempatan menghadapi kekurangan bekalan hidup. Walaupun begitu, mereka sering memberikan roti, sup dan makanan lain kepada pasukan kami. Ketulusan dan kemurahan hati mereka amat menyentuh perasaan.

Penyelamat dari Pasukan Mencari dan Menyelamat Blue Sky China (BSR) kembali ke kem pada lewat malam untuk berehat. (foto diberikan oleh Zhang Yunlu)

Walau gegaran susulan tidak berhenti, kami akan berganding bahu merintangi detik duka ini, menanti-nanti dapat menyaksikan berlakunya lebih banyak keajaiban.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan