Fasa Kedua Radar "China Compound Eye" Bermula

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 17 Februari 2023

Pada 14 Februari, fasa kedua "China Compound Eye", projek radar pengesanan ruang dalam apertur teragih berskala besar telah bermula di daerah Yunyang, bandar Chongqing. Projek itu akan membina 25 radar apertur berukuran 30 meter dan dirancang siap pada 2025. Selepas siap, ia akan menjadi radar pengesan ruang dalam yang paling komprehensif di dunia, dengan kemampuan mengesan asteroid yang berpuluh juta kilometer jauhnya. Ia juga akan menjadi sokongan penting untuk pertahanan tindak balas asteroid kepada bumi dan sekaligus menjadi asas kepada penyelidikan sains planet China.

Mengisi jurang penyelidikan di China, menjadi asas program pertahanan asteroid

Hentaman asteroid ialah salah satu ancaman terbesar kepada bumi. Radar pengesanan angkasa lepas adalah cara penting untuk mempertahankan bumi daripada hentaman asteroid. Ia boleh meningkatkan ketepatan penentuan orbit asteroid dan mendapatkan imej resolusi tinggi bagi pemantauan.

Projek "China Compound Eye" diketuai oleh Institut Teknologi Beijing, menyasarkan pembinaan radar dengan jarak pengesanan terjauh di dunia, di Chongqing. Melalui pemerhatian resolusi tinggi asteroid, ia akan memenuhi keperluan utama negara seperti pertahanan asteroid dan mengisi jurang penyelidikan dalam bidang ini di China.

Fasa pertama "China Compound Eye". (foto ihsan Zon Inovasi Kolaboratif Liangjiang)

Projek dibahagikan kepada tiga fasa pembinaan. Fasa pertama "Tapak Ujian Pengesahan Alat Pengukur Pengimejan Celestial Radar Teragih" terletak di Gunung Mingyue, Daerah Baharu Liangjiang, Chongqing. Terdiri daripada empat radar apertur 16 meter, pembinaannya siap pada Disember 2022. Sebaik sahaja mula beroperasi, China buat julung kali berjaya menangkap imej tiga dimensi kawah bulan menggunakan radar berasaskan tanah.

Imej tiga dimensi kawah bulan yang diambil oleh radar berasaskan tanah pada fasa pertama "China Compound Eye". (foto ihsan Pusat Inovasi BIT Chongqing)

"Projek Radar Pengesanan Ruang Dalam Apertur Teragih Berskala Besar" dilancarkan kali ini, sebagai projek fasa kedua "China Compound Eye", dibina di Pulau Zhongzhou, bandar Longjiao, daerah Yunyang. Pembinaannya meliputi kawasan keseluruhan lebih daripada 300 mu atau anggaran 20 hektar, dengan 25 unit radar apertur 30 meter. Selepas selesai projek fasa kedua, pembinaan fasa ketiga projek "China Compound Eye" juga akan dirancang. Bilangan unit radar dirancang akan diperluaskan kepada skala 100, yang boleh mengembangkan sempadan penerokaan ruang dalam radar manusia dan menyediakan sokongan untuk penyelidikan saintifik berkaitan sempadan dunia seperti pembentukan planet.

Menerobos kesukaran penyelidikan, merealisasikan kerjasama pelbagai radar

Radar bukaan tertumpu tradisional adalah seperti monokular biologi. Pemerhatian jarak jauh memerlukan apertur yang besar, yang sukar dicapai secara fizikal. Mensintesis berbilang radar bukaan kecil ke dalam radar bukaan besar dengan cekap dan tepat sentiasa menjadi sasaran penyelidik radar di dalam dan luar negara.

"Adalah sukar bagi memastikan wujudnya keadaan pelbagai radar dapat bekerjasama. Merealisasikan "China Compound Eye" boleh dikatakan sebagai satu perkembangan cemerlang dalam teknologi radar." Zeng Tao, seorang profesor di Institut Teknologi Beijing menjelaskan bahawa mata kompaun serangga terdiri daripada pelbagai saraf mata kecil. Sinergi saraf melalui pemprosesan "otak" membolehkan serangga melihat hingga ke jarak jauh. "China Compound Eye" adalah seperti mata kompaun serangga, dan pelbagai radar digabungkan untuk pemerhatian yang diselaraskan, menembusi had kuasa dan apertur radar bukaan tertumpu tradisional, sekaligus merealisasikan penyelidikan ruang dalam jarak lebih jauh.

Difahamkan bahawa setiap unit radar "China Compound Eye" mempunyai apertur antena bebas serta pemancar dan penerima, yang disambungkan kepada kawalan pintar dan subsistem pengiraan melalui pautan pengedaran segerak. Justeru, seperti pepatah "sedikit-sedikit teku, lama-lama menjadi bukit", semua kombinasi tersebut dapat merealisasikan penyatuan dan keseragaman sekaligus menghasilkan "China Compound Eye".

Gaya Hidup