China, Jepun Adakan Rundingan Perkongsian Ekonomi ke-16

(CRI)Khamis 23 Februari 2023

Kerjasama membabitkan perdagangan dan pelaburan, industri karbon rendah serta perubatan antara agenda utama dibincangkan dalam Rundingan Perkongsian Ekonomi China-Jepun edisi ke-16 yang berlangsung pada Rabu.

Difahamkan, rundingan berkenaan turut menumpukan kepada situasi makroekonomi, kestabilan dan kelancaran rantaian perindustrian dan bekalan, selain kolaborasi peringkat multilateral dan serantau.

Dalam rundingan itu, pihak China menzahirkan kebimbangan serius terhadap kawalan eksport dikenakan Jepun membabitkan produk semikonduktor.

Jepun diharap mematuhi semangat kontrak dan peraturan antarabangsa, dan menawarkan persekitaran perniagaan yang adil, tanpa diskriminasi dan boleh diramal untuk semua perusahaan.

Gaya Hidup