Platform Data Perindustrian Pertama China Dilancar

(CRI)Isnin 27 Februari 2023

Platform khas data raya perindustrian kendalian Bursa Data Antarabangsa Beijing dilancarkan pada Sabtu.

Selaku platform seumpama pertama di China, ia memberikan perkhidmatan kepada syarikat perindustrian termasuk pendaftaran dan urus niaga aset data, penerokaan produk berkenaan dan sebagainya.

Platform itu akan membantu mengoptimumkan nilai data dan mengurangkan kos urus niaga.

Kini, pelbagai provinsi dan wilayah sedang mempercepat pembinaan bursa data serta pusat urus niaga data dalam usaha menjana potensi pasaran berkenaan.

Untuk rekod, sebanyak 45 platform urus niaga data raya telah ditubuhkan di China melibatkan peringkat antarabangsa, negara, provinsi dan lain-lain.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan