Ekspo Data Raya Dijadualkan di Guizhou, 26 hingga 28 Mei

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 21 Februari 2023
Ekspo Data Raya Dijadualkan di Guizhou, 26 hingga 28 Mei

Ekspo Data Raya Antarabangsa China 2023 bakal diadakan pada 26 hingga 28 Mei di bandar Guiyang, ibu provinsi Guizhou. Demikian dimaklumkan dalam taklimat di Beijing semalam.

Tema bagi ekspo tahun ini adalah “Integrasikan Ekonomi Digital dan Ekonomi Sebenar, Buka Kunci Masa Depan dengan Kuasa Pengkomputeran.” Selain majlis perasmian dan penutupan, yang turut dijadualkan ialah dialog peringkat tinggi, forum, pameran luar talian mengenai teknologi, produk, solusi dan aplikasi yang baharu dalam industri data raya, makluman pencapaian berkenaan, pertandingan serta aktiviti promosi pelaburan.

Ekspo yang diadakan secara tahunan di Guiyang sejak 2015 telah menjadi satu platform antarabangsa bagi memaparkan pencapaian China dalam pembangunan dan pengumpulan sumber membabitkan sektor data raya.

Sementara itu, Daerah Baharu Gui'an yang terletak di bandar Guiyang merupakan kawasan teras bagi zon perintis komprehensif data raya China dan juga salah satu tempat dengan paling banyak pusat data berskala besar di dunia.

Ekspo Perindustrian Guiyang turut diadakan dalam tempoh berlangsungnya Ekspo Data Raya Antarabangsa China bagi memupuk integrasi yang lebih mendalam antara ekonomi digital dan ekonomi sebenar.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan