Volum Pasaran Logistik China Dominasi Dunia

(CRI)Khamis 09 Mac 2023

Menurut Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP), volum logistik masyarakat China mencatat RMB347.6 trilion (RM217.2 trilion) dan pendapatan industri logistik berjumlah RMB12.7 trilion (RM7.9 trilion) pada 2022. China menjadi pasaran logistik paling besar di dunia selama tujuh tahun secara berturut-turut.

Pengerusi CFLP, He Liming berpendapat bahawa untuk membangunkan sistem logistik moden, beberapa langkah perlu diperkasakan buat masa ini.

Antaranya menjalankan transformasi dan penaiktarafan pendigitalan terhadap prasarana logistik tradisional termasuk kereta api, penerbangan, pelabuhan dan taman perindustrian.

Pada masa sama, menggalakkan pembangunan pengangkutan pelbagai mod termasuk taman perindustrian pintar dan pergudangan pintar, menggalakkan penggunaan kelengkapan logistik pintar termasuk pemanduan pengangkutan automatik, penghantaran tanpa manusia, dron kargo tanpa pemandu, dermaga tanpa pekerja dan robot pergudangan, kata He.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan