Pembinaan Kapal Selam Nuklear akan Jejaskan Keamanan Serantau

(CRI)Jumaat 10 Mac 2023

(foto: Kementerian Luar Negeri)

China berpendapat bahawa kerjasama antara Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia untuk membina kapal selam nuklear akan menimbulkan risiko peluasan nuclear yang serius, memberi impak kepada sistem kawalan nuklear antarabangsa, di samping merangsang perlumbaan senjata, dan menjejaskan keamanan dan kestabilan di rantau Asia-Pasifik.

Demikian dikatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media pada 9 Mac.

"Tindakan ketiga-tiga negara itu telah dipersoalkan dan dibantah meluas oleh negara-negara serantau dan masyarakat antarabangsa."

"Kami menggesa AS, Britain dan Australia menyingkirkan mentaliti Perang Dingin, menunaikan kewajipan antarabangsa mereka, dan melakukan lebih banyak usaha yang kondusif kepada keamanan dan kestabilan serantau," ujar beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan