China Berjaya Lancarkan Satelit Kembar Tianhui-6

(CRI)Jumaat 10 Mac 2023

China berjaya melancarkan satelit kembar Tianhui-6 dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan pada pukul 6.41 pagi tadi.

Satelit Tianhui A/B yang dilancarkan dengan roket pembawa Long March-4C itu telah berjaya memasuki orbit yang ditetapkan.

Satelit kembar itu akan digunakan untuk pemetaan geografi, tinjauan sumber tanah, ujian sains dan lain-lain.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan