Xi Sampai Ucaptama pada Dialog PKC, Parti Politik Dunia

(CRI)Rabu 15 Mac 2023
Xi Sampai Ucaptama pada Dialog PKC, Parti Politik Dunia

Matlamat utama modenisasi adalah untuk merealisasikan pembangunan bebas dan menyeluruh rakyat, kata Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping.

Xi, yang juga Presiden China, membuat kenyataan itu ketika menyampaikan ucaptama pada Dialog Peringkat Tinggi PKC dengan Parti Politik Dunia, pada Rabu.

Beliau menegaskan, parti-parti politik perlu memberi tumpuan kepada aspirasi rakyat untuk mengecapi kehidupan lebih indah serta kemajuan tamadun, di samping berusaha untuk mencapai kelimpahan material, integriti politik, kekayaan kerohanian, kestabilan sosial dan persekitaran ekologi yang baik.

Selain memberi respons dengan lebih baik terhadap suara dan permintaan rakyat, Xi berkata pemodenan bukan sahaja dapat meningkatkan kesejahteraan generasi kontemporari, tetapi juga menjamin hak dan kepentingan generasi akan datang serta memantapkan kelestarian masyarakat.

Bagi mana-mana negara untuk mencapai pemodenan, Xi menekankan ia harus mengejar kemajuan bersama melalui perpaduan dan kolaborasi dengan mengikuti prinsip membangun bersama, berkongsi faedah dan menang-menang.

"Seseorang takkan dilihat dalam cahaya lebih terang selepas memadamkan lampu orang lain; begitu juga takkan bergerak lebih jauh dengan menyekat laluan orang lain," kata Xi.

Mengambil peluang ini, Xi turut mengesyorkan Inisiatif Tamadun Global.

Beliau menegaskan peri pentingnya menghormati kepelbagaian tamadun dunia, menyemarakkan nilai bersama umat manusia, mementingkan pewarisan tamadun dan inovasi serta memperkasa interaksi dan kerjasama silang budaya.

Xi turut menyatakan hasrat untuk merapatkan hubungan dengan parti politik dan organisasi politik negara lain, sambil memperluas titik persamaan dan kepentingan bersama.

Beliau berharap agar ia dapat menyumbang kepada pembinaan hubungan antarabangsa model baharu, serta membantu memperkukuh jalinan rakan kongsi global dengan menyatukan dan meningkatkan perkongsian parti politik sejagat.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan