China Rangkul Emas ‘Relay’ Trek Pendek Dunia 5,000m Lelaki

Lin Xiaojun (depan) dari China bertanding dalam final A larian berganti-ganti 5,000m lelaki pada Kejuaraan Luncur Laju Trek Pendek Dunia ISU di Seoul, Korea Selatan, 12 Mac 2023. (foto: Wang Yiliang/Xinhua)

China merangkul pingat emas bagi larian berganti-ganti 5,000m lelaki pada hari penutupan Kejuaraan Luncur Laju Trek Pendek Dunia ISU, 12 Mac.

Pasukan China yang terdiri daripada Li Wenlong, Lin Xiaojun, Liu Guanyi dan Zhong Yuchen meraih kemenangan dengan catatan masa 7 minit 4.412 saat. Itali di tempat kedua dengan 7:04.484 diikuti Korea Selatan, 7:04.884.

Sementara itu, atlet luncur China, Gong Li, Zang Yize serta Li dan Lin membawa pulang perak dalam 'relay' berpasukan campuran, merekodkan 2:41.821, di belakang pemenang pingat emas Belanda, 2:41.646. Itali menduduki anak tangga ketiga.

Pasukan China bergambar selepas upacara penyampaian pingat larian berganti-ganti 5,000m lelaki pada Kejuaraan Luncur Laju Trek Pendek Dunia ISU di Seoul, Korea Selatan, 12 Mac 2023. (foto: Wang Yiliang/Xinhua)

Kejuaraan Trek Pendek Dunia kali ini merupakan pertandingan akhir bagi musim 2022-2023. Belanda mendahului dalam kutipan pingat dengan lima emas, disusuli dengan Korea Selatan yang meraih dua. China pulang membawa satu emas dan satu perak.

Gaya Hidup