Aroma Bihun Semangatkan Hari Orang Changsha

Orang Hunan terkenal sebagai pencinta bihun. Namun lain tempatnya, lain jugalah kebiasaan orangnya. Orang di Changsha, ibu provinsi Hunan suka memulakan hari dengan semangkuk bihun.

Bihun Changsha. (Gambar oleh Yuan Meng/People’s Daily Online)

Chen Xueyi, 48 tahun, pemilik sebuah kedai bihun di Changsha yang sudah berkecimpung dalam kerjayanya selama 27 tahun.

Katanya, “Orang Changde suka bihun bulat, manakala orang Changsha suka bihun leper. Pelanggan dapat menikmati kedua-duanya di kedai saya.”

 

Pemilik kedai bihun, Chen Xueyi. (Gambar oleh Yuan Meng/People’s Daily Online)

Kebanyakan kedai bihun di Changsha tidak mempunyai dekorasi yang cantik, aroma bihun sudah cukup menggoda buat para pencinta bihun.

Seawal pukul 4 pagi lagi, Chen Xueyi sudah sibuk menyediakan sup, minyak, hias atas dan bihun. Bila dah malam, baru dapat berehat.

Pelanggan menambahkan sos cili ke dalam bihun. (Gambar oleh Yuan Meng/People’s Daily Online)

Kedai Chen selalunya dibanjiri orang. “Tahun ini, pelanggan bertambah lagi kerana kedatangan ramai pelancong di Changsha,” kata Chen. Kini kedainya mampu menjual 300 hingga 400 mangkuk bihun sehari.

Tidak seperti kedai lain yang sering menggantikan menu bagi menarik ramai lagi pelanggan, Chen jarang mengubah menunya. Katanya, “Yang penting ketika memasak bihun adalah bahan yang segar serta sikap yang cermat. Tentu saja saya gembira kalau ramai lagi yang datang. Tapi sekarang ini sudah cukup. Kalau ramai lagi, takut tak larat.”

Gaya Hidup

Berita Berkaitan