'Kereta Api Beracun' Bawa Malapetaka Alam Sekitar

(CRI)Isnin 20 Mac 2023

Insiden kereta api yang membawa bahan kimia berbahaya tergelincir di East Palestine di Ohio, Amerika Syarikat (AS) awal bulan lalu dikhuatiri mendatangkan malapetaka kepada alam sekitar.

Sampai hari ini, jabatan perlindungan alam sekitar tempatan masih tetap mendakwa air minum di kota itu adalah selamat.

Namun, media AS pada Khamis melaporkan, penyelidik Universiti Purdue menemui bahan toksik yang belum pernah diuji oleh pihak berkuasa tempatan daripada sampel dikumpul di kota itu.

Ahli penyelidik berkenaan mengumpul kira-kira 300 sampel udara dan air dari tapak kejadian serta kawasan sekitar. Antaranya, sampel air adalah diambil dari sungai dan telaga peribadi penduduk tempatan.

Selepas berlakunya insiden itu, Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) AS bertanggungjawab memeriksa udara di East Palestine, manakala jabatan perlindungan alam sekitar Ohio bertanggungjawab menguji kualiti air.

Penyelidik Universiti Purdue berkata, berbezanya sasaran dua jabatan tersebut menyukarkan mereka untuk memperoleh maklumat komprehensif mengenai sisa kimia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan