Persidangan Dialog Antarabangsa Baghdad Ke-5

(CRI)Isnin 20 Mac 2023

Persidangan Dialog Antarabangsa Baghdad Ke-5 telah membuka tirainya di Baghdad, Iraq semalam, bagi memperingati ulang tahun ke-20 Perang Iraq.

Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani berkata, pelbagai kesengsaraan ekoran peperangan dan keganasan yang dialami Iraq pada dua dekad lalu, telah menjadi iktibar bagi negaranya. Iraq tetap ingin membuktikan tekad dan kemampuannya boleh balik ke posisi wajarnya.

Tujuh dialog akan diadakan pada persidangan selama dua hari iu, dengan kandungannya merangkumi kaedah menambahbaik persekitaran pelaburan, menangani perubahan iklim dan memenuhi permintaan sumber tenaga.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan