China Gesa Penyambungan Semula Bantuan Ekonomi kepada Sudan

(CRI)Selasa 21 Mac 2023

Negara-negara dan institusi kewangan antarabangsa yang berkaitan perlu menyambung semula bantuan ekonomi kepada Sudan dengan segera dan tanpa syarat.

Gesaan ini disuarakan kuasa usaha sementara Misi Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing dalam ucapan beliau ketika Majlis Keselamatan PBB membahas isu Sudan pada Isnin.

Dai juga menggesa pihak-pihak berkaitan bertindak ke arah menarik balik sekatan terhadap Sudan.

“Kami (China) menentang tindakan mempolitikkan dan mengekalkan langkah-langkah sekatan, serta mendesak pihak-pihak yang berkaitan melihat dan menerima fakta di negara itu yang mengalami penambahbaikan, mendengar suara negara-negara serantau yang mahu sekatan terhadap Sudan ditarik balik, menghentikan amalan manipulasi politik sewenang-wenangnya dengan memperalatkan isu sekatan, dan meningkatkan usaha dalam bertindak ke arah membatalkan sekatan terhadap Sudan," kata Dai.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan