Media China, Rusia Kupas Modenisasi Ala China dan Peluang Baharu Dunia

(CRI)Khamis 23 Mac 2023

Kumpulan Media China (CMG) dan Kumpulan Media Rusia Today (RT) menganjurkan sidang meja bulat media China dan Rusia bertemakan "Modenisasi Ala China dan Peluang Baharu untuk Dunia" di Institut Hubungan Antarabangsa Moscow, pada Rabu.

Turut hadir pada sidang tersebut adalah Presiden CMG, Shen Haixiong, dan ketua-ketua media perdana dan institusi pengajian tinggi (IPT) dari Rusia, serta pegawai kerajaan, pakar dan sarjana dari kedua-dua negara.

Difahamkan, para peserta telah mengadakan perbincangan tentang topik "jalan ke arah modenisasi yang sesuai dengan keadaan negara sendiri", selain turut menyatakan pandangan masing-masing.

Para hadirin senada bahawa modenisasi ala China sesuai dengan keadaan di China, dan ia turut menjadi contoh bagi negara-negara lain, serta meneroka jalan baharu dalam peradaban manusia.

"Sepuluh tahun dahulu, di institut ini, Presiden China Xi Jinping pertama kali memberi huraian sistematik tentang konsep 'komuniti berkongsi nasib sesama insan'," kata Presiden CMG, Shen Haixiong.

"Konsep itu lantas menjadi tumpuan dunia dan mendapat sambutan baik daripada masyarakat antarabangsa."

"Dalam tempoh sepuluh tahun lalu, beliau (Xi) telah mengemukakan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI)."

"Inisiatif-inisiatif tersebut memperkayakan konotasi dan laluan praktis komuniti berkongsi nasib sesama insan, serta mengemukakan cadangan China bagi menghadapi perubahan dunia, sezaman dan sejarah," ujar Shen.

Tambah beliau, inisiatif-inisiatif tersebut turut mendapat respons baik masyarakat antarabangsa.

"Menghadapi perubahan besar yang tidak pernah berlaku dalam tempoh seabad lalu, Presiden Xi mengemukakan 'modenisasi ala China'."

"Ini secara tidak langsung menunjukkan kebijaksanaan, keberanian dan tanggungjawab seorang negarawan yang menjunjung misi luhur," jelas Shen.

Shen berkata, CMG akan berusaha mendorong kepelbagaian dan keadilan pola komunikasi antarabangsa, sekali gus membolehkan dunia mendengar lebih banyak suara dari rakyat seluruh dunia, untuk menyumbang tenaga bagi melukis gambaran modenisasi masyarakat insan yang pelbagai umpama taman di mana seratus bunga bermekaran.

Beliau menyatakan bahawa CMG akan bekerjasama dengan pelbagai media global untuk meningkatkan pertukaran, memperluas saluran kerjasama, mendorong kesalingfahaman antara rakyat pelbagai negara, dan bersama-sama mendorong pembangunan dan kemajuan perabadan manusia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan