Insiden "Nord Stream" Patut Disiasati PBB

(CRI)Selasa 28 Mac 2023

Wartawan kanan Amerika Syarikat (AS), Seymour Hersh sekali lagi mengeluarkan hantaran di media sosialnya kelmarin yang mendedahkan bahawa apa yang disebut kumpulan "pro kerajaan Ukraine" memusnahkan saluran paip "Nord Stream" adalah berita palsu rekaan jabatan perisikan Washington yang kemudian disebarkan luas untuk tujuan menyembunyikan fakta.

Banyak perincian dan bukti yang terdedah Hersh adalah berdasarkan kenyataan seseorang tokoh diplomatik yang mempunyai kenalan bertugas semasa tempoh lawatan Canselor Jerman, Olaf Scholz ke AS. Katanya, Scholz telah membincangkan insiden letupan "Nord Stream" dengan Presiden AS, Joe Biden. Setelah itu, Agensi Perisikan Pusat (CIA) ditugaskan untuk menyiapkan "kisah kulit" atas kerjasama dengan Jerman bagi menyembunyikan hakikat letupan terbabit.

Apabila liputan Hersh itu dikesan benar, siasatan antarabangsa yang diterajui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan menjadi lebih mustahak. Setelah lawatan Scholz di AS berakhir, The New York Times AS dan Time Jerman hampir serentak menyiarkan laporan tentang kumpulan "pro kerajaan Ukraine" adalah dalang insiden "Nord Stream".

Bagaimanapun, terdapat beberapa banyak soalan yang dikemukakan masyarakat antarabangsa. Bahagian penampang saluran paip yang dimusnah itu kelihatan sangat rapi, dan tidak seperti yang diselesaikan pertubuhan swasta yang kemampuannya terbatas. Dengan kata lain, hanyalah AS yang bermotif dan berkemampuan melakukan pemusnahan seumpama itu.

Tambah lagi, Washington memilih berdiam sahaja pada sebulan lalu setelah khabar itu didedahkan, sambil menghalang siasatan berkenaan daripada berjalan. Memandangkan sejarah kerjasama antara jabatan perisikan dan sektor media dengan kerajaan dalam usaha mereka-reka berita palsu, apa yang didedahkan Hersh boleh dipercayai.

Di sebalik bukti yang bertambah semakin banyak, pendirian kerajaan AS yang menyangkal tidak boleh diterima. Jawablah satu demi satu, AS yang mendepani begitu banyak soalan dan keprihatinan masyarakat antarabangsa, yang digesa patut menyokong siasatan antarabangsa PBB. Kalau tidak, bersikap membisu sama dengan berdiam mengakui dakwaan terhadapnya.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan