Demokrasi Bukan 'Satu Saiz Padan Semua'

(CRI)Khamis 30 Mac 2023

Forum antarabangsa 'Demokrasi: Nilai Bersama Umat Manusia' edisi kedua berlangsung di Beijing baru-baru ini.

Ketua Pengarah Institut Hubungan Antarabangsa Akademi Sains Diraja Kemboja, Kin Phea menyatakan demokrasi bukan hanya mempunyai satu bentuk sahaja ataupun 'satu saiz padan semua', dan tiada mana-mana negara boleh memonopoli bentuk demokrasi.

“Hanya rakyat boleh menilai sama ada negaranya demokratik atau tidak, dan kuasa asing tiada hak berbuat demikian.

"Setiap negara perlu membangunkan corak demokrasi yang bercirikan sendiri," ujar Kin.

Pemimpin Parti Buruh Britain, George Galloway pula berpendapat demokrasi Barat adalah kosong tanpa sebarang pengisian sebenar.

Beliau mengkritik kelakuan Amerika Syarikat (AS) yang bercakap-cakap tentang hak asasi manusia, sedangkan jutaan rakyat negara itu tidak mempunyai akses insurans perubatan.

“Demokrasi China menyaksikan rakyatnya keluar dari belenggu kemiskinan, sebaliknya demokrasi Barat menyebabkan rakyat hidup semakin terhimpit,” kata beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan