Dumpling Tenggiri Shandong, Sajian di Meja Makan Serata Dunia

Orang Cina memang gemar akan dumpling. Dumpling (atau Jiaozi) yang berinti ikan tenggiri merupakan salah satu keistimewaan semenanjung Jiaodong di provinsi Shandong, timur China.

Ikan tenggiri segar melalui beberapa proses di tangan tukang masak untuk menjadi sebahagian sajian dumpling yang lazat.

Mula-mula, isi ikan tenggiri yang berwarna putih diasingkan daripada tulangnya, kemudian digaul dengan putih telur untuk menghasilkan adunan inti yang halus, empuk dan lembut. Selepas itu, daun kucai dimasukkan ke dalam adunan, kombinasi yang cukup padan untuk menambah kesegaran rasa ikan dan menghilangkan bau hanyir. Seterusnya, doh dicanai untuk membalut inti. Dengan itu, siaplah dumpling ikan tenggiri yang amat menyelerakan.

Dumpling ikan tenggiri sudah menjadi hidangan yang dapat dilihat di meja makan di serata China malah di luar negara. Populariti sajian ini turut menggerakkan industri katering dan pelancongan Jiaodong, sekali gus menambah pendapatan orang tempatan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan