Perdana Menteri Li Qiang Sampaikan Ucapan dalam Majlis Perasmian BFA

(CRI)Jumaat 31 Mac 2023

Perdana Menteri China, Li Qiang menyampaikan ucapatama dalam majlis perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) pagi semalam.

Beliau berkata bahawa Presiden Xi Jinping menganjurkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan pada 10 tahun lalu, yang menjadi sumber yang menyumbang kepada keamanan berkekalan dan kemakmuran bersama dunia.

"Kita harus menjunjung tinggi panji-panji komuniti berkongsi nasib sesama insan, memperkasakan pembinaan komuniti berkongsi nasib Asia, dan menyuntik lebih faktor kepastian kepada keamanan dan pembangunan dunia.

Lebih 1,500 pemimpin negara, tokoh politik dan perniagaan serta wakil kumpulan pemikir dari lebih 50 negara dan kawasan menghadiri majlis perasmian BFA tersebut.

Antaranya termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, dan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan