Muzium Universiade Chengdu Buka Tirai

(CRI)Selasa 25 Julai 2023

Upacara pembukaan Muzium Sukan Universiti Dunia Musim Panas (Universiade) Chengdu diadakan di Taman Sukan Tasik Dong’an, bandar Chengdu, China semalam. Inilah muizum bertema Universiade yang pertama yang dibuka kepada orang awam menjelang perasmian temasya sukan tersebut dalam sejarahnya.

Turut hadir, Pemangku Pengerusi Persatuan Universiade Antarabangsa, Leonz Eder yang terpilih sebagai Kurator Kehormat muzium tersebut.

"Muzium Universiade Chengdu yang memperlihatkan sejarah, kebudayaan dan semangat temasya sukan itu akan merupakan warisan yang penting dan mempunyai makna yang signifikan", ujar Leonz Eder.

Setakat ini, lebih seribu barang pameran, hampir 80 ribu gambar dan video beserta dokumen yang berbentuk elektronik yang terkumpul telah dijadikan simpanan muzium tersebut, sedangkan pingat, obor, logo dan maskot untuk kegunaan pelbagai Universiade yang lalu yang masih bernilai tinggi, beserta yang untuk kegunaan temasya tahun ini sudah dijadikan barang pameran.

Berita Berkaitan