Kumpulan Keseniaan Antarabangsa Tambah Seri Industri Persembahan Xinjiang

(CRI)Selasa 25 Julai 2023

Lebih 20 kumpulan kesenian dari 11 negara dan wilayah di Asia, Afrika, dan Eropah kini sedang berada di Urumqi, wilayah Xinjiang China bagi membuat persembahan termasuk nyanyian dan tarian.

Difahamkan, sejumlah 28 sesi drama pentas dari dalam dan luar China dijadual untuk memberikan 60 persembahan menarik kepada penonton tempatan mulai 20 Julai hingga 5 Ogos 2023.

Balet, tarian tradisional, drama musikal dan teater tarian, antara persembahan yang sedang dan akan disajikan kepada para penonton.