China Sedia Rancakkan Kerjasama Keselamatan Bijirin dan Pembasmian Kemiskinan

(CRI)Rabu 26 Julai 2023

Keselamatan bijirin merupakan isu asas berkait rapat kehidupan umat manusia. China bersedia bersama dengan pelbagai negara lain menggerakkan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Sejagat, merancakkan kerjasama dalam bidang keterjaminan keselamatan bijirin dan pembasmian kemiskinan untuk memberikan sumbangan lebih besar kepada usaha membangunkan dunia tanpa kebuluran dan kemiskinan. Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian pada Selasa ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin tentang sistem bijirin sejagat sudah 'merudum' sehingga menimpa golongan lemah, maka semestinya merubah kaedah pengeluaran dan penggunaan bijirin.

Mao menyatakan bahawa China yang mempunyai tanah ladang kurang dari 9% keseluruhan sedunia, mampu mengeluarkan bijirin yang menduduki satu perempat keseluruhan sedunia, dan membekalkan bahan makanan yang mencukupi kepada populasi yang melepasi 1.4 bilion orang. Negara pengeluar bijirin yang terbesar di dunia ini memang memberikan sumbangan yang holistik kepada keselamatan bijirin dalam senario global.

Menurut Mao, keselamatan bijirin antara lapan bidang kerjasama utama yang terkandung dalam Inisiatif Pembangunan Sejagat anjuran Presiden Xi Jinping. China telah merupakan negara membangun yang menderma dana paling banyak, menghantar pakar paling banyak dan menawarkan program paling banyak di bawah rangka kerjasama Selatan-Selatan Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB, dan menjalankan kerjasama pertanian dengan lebih 140 buah negara dan kawasan, memperkenalkan lebih 1,000 teknologi kepada negara membangun, serta menyumbang kepada peningkatan tuaian tanaman 30% hingga 60% di kawasan terlibat dalam program kerjasama kendaliannya.

Berita Berkaitan