Pusat Logistik Sukan Asia Hangzhou, Jaminan Teguh bagi Operasi Temasya Sukan

(CRI)Rabu 26 Julai 2023

Sukan Asia ke-19 dijadual berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober di Hangzhou dan lima bandar lain.

Menjelang perasmian temasya sukan itu, perkakasan milik pelbagai negara yang terlibat turut dihantar tiba di bandar Hangzhou.

Difahamkan, pusat logistik Sukan Asia Hangzhou kali ini mempunyai luas sehingga 72 ribu meter persegi, manakala jangkaan bagi jumlah kargo akan melebihi 100 ribu tan.

Menurut maklumat, pusat itu turut dilengkapi kemudahan pintar yang khusus dikaji dan dibangunkan untuk acara sukan.

Selain itu, semua kenderaan yang digunakan di pusat logistik itu adalah kenderaan tenaga baharu (NEV) dan semua kotak bungkusan boleh dikitar semula.

Antara lain yang terdapat pada pusat itu adalah peralatan penjana kuasa fotovolta di bahagian atas bangunan pusat logistik yang boleh memenuhi sebahagian keperluan penggunaan elektrik di pusat tersebut.

Berita Berkaitan