Pertemuan Wanita Pertama China-Indonesia di Chengdu

(CRI)Jumaat 28 Julai 2023

Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan mengadakan pertemuan dengan Wanita Pertama Indonesia Iriana Joko Widodo di bandar Chengdu, provinsi Sichuan pada Khamis.

Iriana berada di sini untuk menemani Presiden Joko Widodo menghadiri majlis pembukaan Sukan Universiti Dunia (Universiade) Musim Panas ke-31 dan mengadakan lawatan di China.

Peng Liyuan dan Iriana bersama-sama menikmati kraftangan Warisan Budaya Tidak Ketara yang bercirikan tempatan Chengdu seperti filigri perak, tenunan buluh berdasarkan porselin dan sulaman Shu.

Selain itu, Peng juga menjemput Iriana untuk menonton persembahan seni teh sambil bersembang secara mesra.

Semasa mengimbas kembali banyak kali pertemuannya dengan Iriana, Peng mengatakan bahawa China dan Indonesia mempunyai banyak kebersamaan dalam kebudayaan masing-masing dan persefahaman di kalangan rakyat, dan berharap persahabatan kedua-dua negara terus mengukuh.

Sementara itu, beliau juga mengajak Iriana meluangkan masa sebanyak mungkin di Chengdu untuk menghayati adat resam tempatan dan bersiar-siar.

Iriana pula mengucapkan terima kasih kepada Peng Liyuan atas tersedianya jadual yang berhemat, dan memberi penghargaan tinggi terhadap usaha perlindungan dan pewarisan Warisan Budaya Tidak Ketara di China, selain menyatakan bahawa perjalanannya ke Chengdu membantunya mengenali dan mencintai sejarah dan kebudayaan China.

Berita Berkaitan