Ekonomi China Semakin Pulih

(CRI)Isnin 31 Julai 2023

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China mengadakan sidang media untuk memperkenalkan situasi pembangunan dan pembaharuan di negara itu pada separuh tahun pertama tahun ini.

Menurut suruhanjaya itu, ekonomi negara semakin pulih dan mengekalkan trend pemulihan mantap.

Di samping itu, dasar kawalan makro akan dilaksanakan khususnya dalam lima aspek.

Pertama, memperkukuh trend pemulihan ekonomi yang baik.

Kedua, meningkatkan tahap kebergantungan diri, di samping mempercepat pembinaan sistem perindustrian moden berasaskan ekonomi sebenar.

Ketiga, mempertahankan pembaharuan dan keterbukaan, merangsang kedinamikan dan dorongan endogen entiti syarikat.

Keempat, mencegah dan menangani risiko dan cabaran dalaman dan luar.

Kelima, mengutamakan rakyat dan terus menambah baik kehidupan rakyat dalam segenap aspek.

Berita Berkaitan