Kebakaran Hutan Terus Merebak di Kanada

(CRI)Khamis 03 Ogos 2023

Kebakaran hutan terus merebak di pelbagai tempat di Kanada berikutan cuaca panas dan kering.

Sehingga pukul 3.00 petang 2 Ogos waktu tempatan, kebakaran telah merebak ke kawasan seluas 131 ribu kilometer persegi, bersamaan keluasan wilayah darat Greece.

Menurut ramalan kerajaan Kanada, kebakaran hutan akan berterusan hingga akhir bulan ini. Situasi kebakaran di kawasan barat adalah paling teruk pada masa ini.

Berita Berkaitan