Arahan Xi untuk Pembangunan Heilongjiang dalam Senario Kebangsaan

(CRI)Ahad 10 September 2023

Presiden China Xi Jinping menggalakkan provinsi Heilongjing berjuang untuk membuka lembaran baharu dalam pembangunan berkualiti tinggi.

Ketika menjalankan tinjauan di provinsi Heilongjiang baru-baru ini, Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China menekankan bahawa Heilongjiang yang mempunyai kedudukan strategik dalam senario pembangunan kebangsaan, perlu memfokuskan beberapa tugasan utama iaitu menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi, melaksanakan dengan baik keputusan dan perancangan Jawatankuasa Pusat PKC tentang merancakkan semula pembangunan di kawasan bahagian timur laut dengan menyeluruh, membentuk momentum baharu berdasarkan pelbagai sumber miliknya, dan meningkatkan usaha dalam membangunkan pangkalan pengeluaran bijirin di peringkat kebangsaan, pangkalan pembuatan peralatan besar, pangkalan sumber dan bahan mentah yang penting, ekosistem yang berdaya tahan bagi kawasan bahagian utara dan jendela yang menuju ke arah utara dalam pelaksanaan dasar pintu terbuka.

Video

Berita Berkaitan