Pemantauan IAEA terhadap Pelepasan Air Radioaktif Jepun Tidak Antarabangsa Atau Bebas

(CRI)Rabu 13 September 2023

Pelepasan air sisa radioaktif Jepun ke laut tidak pernah berlaku dalam sejarah dan hal ini berkaitan dengan kepentingan dan kebimbangan pelbagai negara.

Apa yang disebut sebagai pemantauan yang dijalankan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) terhadap Jepun tiada mandat daripada Majlis Pengelola agensi, dan tanpa perbincangan penuh negara-negara anggota. Ia hanya nasinat dan sokongan teknikal Sekretariat IAEA kepada Jepun dan ini bukanlah tindakan antarabangsa dan bebas.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian dalam sidang media pada Selasa lalu.

Menurut laman web IAEA baru-baru ini, pihaknya buat kali pertama mengambil sampel di kawasan laut berhampir Loji Janakuasa Nuklear Fukushima setelah Jepun melepaskan air sisa radioaktif.

Menurut keputusan pemantauan, kepekatan tritium dalam air laut adalah di bawah had kawal selia yang ditetapkan oleh Jepun.

Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi mutakhir ini mengatakan bahawa sebagai organisasi antarabangsa, IAEA mampu mewakili masyarakat antarabangsa menjalankan pemantauan terhadap pelepasan air radioaktif Jepun ke laut. Menuntut negara lain terlibat dalam pemantauan tersebut sama seperti menuntut negara lain menyertai kawal selia terhadap kemudahan nuklear di Iran.

Mao Ning menegaskan bahawa tindakan pemantauan bukanlah sokongan kepada pelepasan air sisa radioaktif ke laut oleh Jepun. Jepun patut segera berhenti tindakan yang mengalihkan risiko pencemaran nuklear kepada dunia itu.

Video

Berita Berkaitan