Terap Pembangunan Berkualiti dalam Pengindustrian Model Baharu: Xi

(CRI)Sabtu 23 September 2023

Presiden Xi Jinping menyifatkan pengindustrian model baharu sebagai tugas penting dalam usaha membina negara kuat dan mewujudkan kebangkitan bangsa menerusi modenisasi ala China.

Kenyataan itu dibuat beliau ketika memberi arahan kerja berhubung usaha mendorong pengindustrian model baharu mutakhir ini.

Beliau menuntut supaya konsep pembangunan baharu dilaksanakan secara tepat dan menyeluruh, sementara pembangunan dan keselamatan disepadukan.

Beliau juga menekankan perlunya proaktif menyesuaikan diri dan menerajui pusingan baharu revolusi teknologi serta transformasi perindustrian, menerapkan pembangunan berkualiti dalam seluruh proses pengindustrian model baharu, di samping mengintegrasikan pembinaan gergasi pembuatan dengan pembangunan ekonomi digital dan teknologi maklumat sektor perindustrian.

Arahan kerja itu disampaikan dalam satu persidangan mengenai usaha memacu pengindustrian model baharu yang berlangsung di Beijing pada 22 hingga 23 September.

Video

Berita Berkaitan